Search
Latest topics
Eli nak masuk Islam ker?
Aaadoii :: Politik :: Politik Semasa
Page 1 of 1
Eli nak masuk Islam ker?
Elizabeth Wong kunjungi Nik Aziz dengan imej baru
Adun kontroversi, Elizabeth Wong telah membuat kunjungan hormat ke atas Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediaman rasminya, di JKR 10 Kota Bharu.
Elizabeth kelihatan bersama seorang teman dan seorang pengawal peribadi telah membuat kunjungan tersebut pada Sabtu.
Pertemuan selama 40 minit itu juga merupakan pertemuan empat mata antara beliau dan Nik Aziz.
Menurut Eli, pertemuan tersebut berlaku jam 2 petang dan beliau mengucapkan terima kasih kepada Mursyidul Am PAS itu kerana memberi sokongan kepada beliau sebelum ini.
"Saya akan memberi fokus kepada kerja yang telah ditangguhkan dan bersemangat untuk kembali berkhidmat untuk rakyat," jelasnya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Pengkalan Chepa.
Ditanya butiran pertemuan itu, Elizabeth tersenyum dan berkata bahawa Nik Aziz seorang yang bertimbang rasa kepada kesnya dan Eli berterima kasih kepada Mb Kelantan itu.
Elizabeth sebelum ini dikaitkan dengan isu gambar yang tersebar di internet telah kembali bertugas setelah dua bulan bercuti.
Beliau menerima kembali jawatan sebagai Adun Bukit Lanjan dan juga Exco kerajaan Selangor.
Beliau juga berpendapat bahawa pandangan dari Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin sebagai pandangan peribadi dan beliau juga masih bersahabat baik dengan Zulkifli. - siasahdaily

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
Mon Apr 20, 2009 8:04 pm by Admin
» HAD SANA HAD SINI..HAD HARI...
Sat Apr 18, 2009 11:13 am by Admin
» Najib sudah kecut...
Fri Apr 17, 2009 7:02 pm by Admin
» Apsal susah sangat ni?
Fri Apr 17, 2009 11:42 am by Admin
» IT dan Teknologi
Fri Apr 17, 2009 11:07 am by Admin
» Politik Semasa
Fri Apr 17, 2009 11:06 am by Admin
» Your first subject
Fri Apr 17, 2009 11:01 am by Admin